Free shipping on all orders over RM50 (Peninsular Malaysia)
icon-search
icon-search

Mi hitam korea (Jajjangmyeon) korean blackbeans noodles - Cara Masak

Mi hitam korea (Jajjangmyeon) korean blackbeans noodles - Cara Masak

Cara memasak mi korea (Jajjangmyeon) korean blackbeans noodles


Bahan - bahan :

150gram (4 sudu makan ) pes blackbean (chunjang - dapatkan di Eonnie Korean Mart)

300gram mi tarik atau mee telur (Mi tarik Fatboi - dapatkan di Eonnie Korean Mart)

5 sudu besar minyak masak

230gram daging lembu yang lembut (atau diganti dengan dada ayam)

1 cawan bawang holland dipotong dadu

1 cawan kentang dipotong dadu

2 cawan kubis dipotong dadu

½  sudu besar tepung kentang atau tepung jagung + 4 sudu besar air

600ml air

5 sudu besar gula perang / gula putih

1 sudu besar minyak bijan

Hirisan danmuji / timun jepun

Serbuk cili korea (gochugaru - dapatkan di Eonnie Korean Mart )


Cara memasak :

Mi tarik

1. Didikan air dan masak mi tarik selama 7-10 minit sehingga lembut dan kenyal jangan terlalu lembut


Kuah jajjangmyeon

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak

2. Apabila minyak sudah panas kecikkan api dan masukkan pes blackbean dan sentiasa kacau selama 2 minit atau sehingga pes berbuih dan tuang kedalam mangkuk dan ketepikan

3. Tuangkan minyak lebihan mengoreng pes tadi kedalam periuk dan masukkan daging dan masak sehingga garing

3. Masukkan kentang, bawang holland dan kobis dan kacau sehingga layu (nak lembut cepat tutup periuk)

4. Masukkan pes yang sudah digoreng tadi dan kacau sehingga sekata

5. Masukkkan air dan biar direbus sehingga kentang empuk

6. Masukkan kicap manis (jika perlu) dan masukkan 5 sudu gula dan kacau sebati

7. Sambil kacau kuah jajjangmyeon tuangkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.

8. Tutup air dan masukkan minyak bijan

9. Tuangkan kuah keatas mi tarik dan hias dengan danmuji / timun jepun dan tabur sedikit gochugaru atau cili pada dan sedia dihidangkan.


Rujuk video kami di youtube untuk lebih mudah.



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping